NasionalParlimen

T20 nikmati RM8 bilion subsidi bahan api

GOLONGAN T20 menikmati kira-kira RM8 bilion subsidi bahan api berbanding RM6 bilion yang dinikmati oleh 40 terbawah (B40), dedah menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz hari ini.

Tengku Zafrul, yang sebelum ini berkata bahawa subsidi menyeluruh lebih menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin, berkata kerajaan akan melaksanakan mekanisme subsidi bahan api yang lebih bersasar.

Dalam jawapan bertulis parlimen, beliau berkata mekanisme itu sedang diuji.

“Ujian (awal) akan diikuti dengan ujian yang lebih meluas,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan mahu memastikan kebolehlaksanaan mekanisme di kawasan bandar dan luar bandar.

“Ia (ujian) dijangka mengambil masa antara tiga dan enam bulan sebelum sistem baharu itu dilaksanakan di seluruh negara,” katanya menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai apa yang kerajaan lakukan untuk memastikan subsidi disasarkan dengan lebih baik.

Tengku Zafrul berkata pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api yang disasarkan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan ia tidak menyebabkan inflasi atau menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Tahun ini, subsidi bahan api dijangka membebankan kerajaan sekitar RM30 bilion. -SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button