Politik

Gerakan mahu berunding dengan PN: Rugi? Tanya Najib

Rugi?

Hanya sepatah pertanyaan daripada bekas Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keinginan Gerakan untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional.

Media melaporkan, Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berkata, parti itu mahu berunding dengan Perikatan Nasional supaya dapat bekerjasama dan mewujudkan keadaan “satu lawan satu” dengan parti lawan dalam pilihan raya akan datang.

Menurut laporan Sinchew Daily, Dominic berkata, perundingan itu perlu dilakukan untuk mengelakkan kerugian buat PN dan Gerakan yang akan menghadapi musuh yang sama.

“Gerakan dan PN mempunyai musuh yang sama dan hala tuju yang sama,” katanya kepada Sinchew Daily. Dominic juga yakin bahawa perundingan dengan PN akan berhasil.

Gerakan merupakan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional. Parti itu keluar daripada BN sebulan selepas Kerajaan Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Gerakan dalam satu kenyataan pada 23 Jun 2018 berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan (CGC).

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kami keluar BN di bawah suasana yang baik, GERAKAN akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas Kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami akan bekerjasama dengan parti, invididu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan yang sama atas kepentingan nasional untuk memartabatkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

Gerakan mendapat tempat istimewa dalam komponen BN apabila pemimpinnya menjadi satu-satunya parti dalam komponen itu dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga BN tumbang di negeri itu.

BN ketika ini hanya tinggal UMNO, MCA dan MIC seperti mana mula-mula Parti Perikatan ditubuhkan pada 1957.

Sementara Dominic pula dipilih sebagai Presiden Gerakan pada 17 November 2018 selepas menewaskan pencabarnya semasa pemilihan parti.-SM

 

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button