Rencah Hidup

JAIS tangguh upacara akad nikah hingga 30 Jun

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan sebarang bentuk pelaksanaan upacara akad nikah bermula hari ini hingga 30 Jun.

Menurut JAIS dalam catatan di Facebook hari ini, keputusan ini dibuat demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak, dan ia telah diperkenan Sultan Selangor.

Selain itu, dalam catatan berasingan, JAIS memaklumkan semua perkhidmatan ditawarkannya turut ditangguhkan sepanjang pelaksanaan lockdown penuh di seluruh negara, mulai hari ini hingga 14 Jun.

“Semua pelanggan JAIS disarankan sentiasa mengikuti laman rasmi www.jais.gov.my atau platform rasmi media sosial untuk sebarang pemakluman rasmi dan terkini,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui talian 03-55143400/ 03-55143600 atau e-mel ke [email protected] – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button