Hiburan

Sudah dipinang, Mira Filzah sedia bergelar isteri

NAMPAKNYA pengacara dan pelakon kecil molek, Mira Filzah akhirnya mengakui yang dia kini sudah menjadi tunangan orang dan bakal menamatkan zaman bujangnya akhir tahun ini.

Namun, Mira masih lagi bermain teka-teki dan enggan mendedahkan siapakan gerangan bakal suaminya itu.

Sebelum ini, pengacara program Nona itu dikatakan telah bertunang dengan kekasihnya, Wan Emir Astar yang berusia 30 tahun.

Lelaki itu bekerja sebagai arkitek dan merupakan ana kepada Datin Mastura Mohd. Yazid iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

BACA> Mengaku transgender, Isma tak peduli dengan kecaman

Mira yang ditemui dalam majlis pelancaran Nurflix di Bukit Jelutong petang tadi enggan mengulas lanjut berkenaan soal perkahwinannya.

“Persiapan perkahwinan sedang berjalan dan Alhamdulillah, belum ada lagi dugaan sepanjang tempoh bertunang.

“Saya juga sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan. Selain daripada itu, saya tidak boleh ulas lanjut sebab kita setuju untuk ‘keep it low’,” katanya.

Ditanya sama ada bakal suaminya itu akan menghalang kerjaya seninya selepas ini, jelas Mira, belum ada sebarang tentangan daripada lelaki tersebut.

“Setakat ini belum ada sebarang halangan untuk saya teruskan kerjaya seni dan rasanya soalan itu lebih sesuai ditanyakan kepada dia.

BACA> Adakah undang-undang lesen kita jadi biadap? – Azhan rani

“Dia (bakal suami) yang lebih arif dan berhak untuk menjawabnya,” jelas Mira.

Menurut bintang filem Sangkar itu, dia akan pastikan bahawa pihak media mendapat jemputan untuk majlis perkahwinan tersebut.

Tambahnya lagi, kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk menambah jumlah tetamu bagi majlis perkahwinan juga memberi ruang untuknya memastikan pihak tertentu antaranya media mendapat jemputan. -SM

(Visited 840 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button