Rencah Hidup

Anggur masak ranum di Taman Buah-Buahan Eksotik

Boleh tengok tak boleh petik

SELAIN harumanis sebagai buah ikon Perlis, tanaman anggur antara yang terawal melonjakkan nama negeri paling ke Utara ini.

Sebenarnya percubaan menanam anggur oleh Jabatan Pertanian telah dimulakan sejak 70-an lagi sehinggalah sekarang.

Penulis semasa di sekolah rendah lagi pernah mengikuti rombongan lawatan ke ladang jabatan ini untuk melihat tanaman anggur dengan lebih dekat.

Apabila diberi peluang merasa, masing-masing kecewa kerana rasanya masih lagi masam dan tidak boleh lagi bersaing dipasaran yang manis bersari.

Entah di mana silapnya, tanaman anggur di negara ini masih tidak sehebat negara jiran, Thailand.

Bagaimanapun selain benih, kepakaran yang dimiliki negara jiran ini telah dibawa ke sini supaya ladang anggur di Taman Buah-buahan Eksotik Perlis di Sungai Batu Pahat, Kangar mencapai kejayaan yang diharapkan.

Menariknya tanaman ini juga sedang berbuah dengan lebat dan menunggu masa untuk dituai.

Dua kakitangan Jabatan Pertanian Perlis, Jasminizam Jamin, 42 Saiful Ghazali, 36 melahirkan rasa puas sekalipun masih tidak mencapai hasil yang disasar.

Kata Jasminizam orang ramai boleh menggunakan peluang untuk melihat anggur dengan lebih dekat.

Beliau berkata, pelawat datang semasa ia dituai juga boleh membelinya sebagai ole ole.

“Biasanya anggur ini dijual dengan harga RM5 untuk 250 gram,” katanya.

Setakat ini katanya, sembilan jenis anggur yang ditanam di sini iaitu black opal, pok dam, IAC, white malagga, alphonso, black queen, issabella, loose perlette dan cardinal.

Beliau berkata, penjagaan tanaman ini juga agak cerewet.

“Selain tidak bertahan jika hujan berterusan, tanaman ini juga mudah diserang penyakit,” katanya.

Bagaimanapun katanya apabila melihat ia mula berputik dan kemudian menjadi gugusan sehingga mencapai tempoh
120 hari untuk dituai, ia sangat mengujakan sekaligus sebagai pemberi semangat untuk menjadikan anggur Perlis kembali mengamit pelancong. – SM

(Visited 642 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button