Hiburan

Dejavu sentuhan Dark untuk Triokerz

ARTIS berkumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Triokerz pernah mencipta sejarah tersendiri apabila lagu cover Triokerz pernah mencecah sehingga 1.5 juta di platform YouTuba selama dua tahun.

Bersandarkan kepada kejayaan tersebut, Triokerz yang dianggotai oleh tiga penyanyi lelaki bersemangat untuk meneruskan karya-karya baharu mereka.

Memperjuangkan edisi muzik rock moden berbahasa Melayu, gabungan suara Triokerz yang lebih matang sesuai untuk menerobos pasaran muzik Rock Asia.

Suatu yang lazim apabila Triokerz merujuk kepada trio quartet atau boy band seperti Backstreet Boys dan NSYNC.

Akan tetapi Triokerz ada nadi sendiri iaitu mereka tampil dengan satu konsep yang sama namun dalam perjuangan muzik mereka sendiri.

Penglibatan Triokerz menerusi program realiti All Together Now Malaysia yang disiarkan di Saluran ASTRO juga telah memberi satu kaedah untuk mempromosikan trio ini pada ketika itu.

Penglibatan Yazer AF sebagai penyanyi baru Triokerz dalam lagu berjudul Dejavu, besar kemungkinan dapat membantu dalam inspirasi pemasaran lagu tersebut.

Untuk makluman, Dejavu merupakan lagu baru atau single pertama yang dinyanyikan oleh kumpulan ini dengan hasil ciptaan sepenuhnya atau karya dari Azlan and The Typewriter atau dikenali sebagai Dark di dalam sesi pembikinan atau penulisan lagu tempatan.

Dejavu bukan single biasa-biasa sebaliknya ia mengisahkan tentang kewujudan dejavu di dalam kehidupan.

Patah kata Dejavu juga telah menarik minat Dark untuk menjadikan ia sebagai judul dalam lagu.

Muzik Video rasmi Dejavu telahpun dilancarkan di saluran youtube Life Records Malaysia pada 23 Julai 2023 lalu jam 8 malam.

Triokerz turut dianggotai Erman Braka dan Ezzy Mansor. – SM

Link Muzik Video Dejavu : https://youtu.be/XKcU8NFbX0c

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button