Sukan

Dua jaringan lewat bantu Arsenal tewaskan Man United

Arsenal menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan dramatik ke atas Manchester United di Stadium Emirates.

Di akhir perlawanan yang huru-hara dengan permainan yang agak buruk, United mula-mula menyangka mereka telah merampas tiga mata hanya untuk menyaksikan penyudah Alejandro Garnacho pada minit ke-88 dibatalkan kerana ofsaid oleh pembantu pengadil video dengan kedudukan 1-1.

Drama itu kemudian beralih dalam masa lapan minit tambahan apabila sepakan melencong Declan Rice memberikan Arsenal pendahuluan sebelum pemain gantian Gabriel Jesus memuktamadkan kemenangan Arsenal hingga menyebabkan  stadium gegak gempita.

United telah mendahului pada minit ke-27 apabila hantaran cemerlang Christian Eriksen disempurnakan Marcus Rashford, yang memotong ke dalam untuk menghantar rembatan kaki kanan tanpa silap menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale.

The Gunners, yang gagal menyempurnakan peluang keemasan apabila Kai Havertz, menyamakan kedudukan hampir serta-merta apabila kapten Martin Odegaard diberi terlalu banyak ruang dan melakukan penyudah mantap ke sudut bawah kanan gol United.

Ini diikuti sepakan penalti dibatalkan oleh VAR selepas pengadil Anthony Taylor pada asalnya memutuskan Havertz telah dikasari – terlepas peluang lewat apabila Bukayo Saka merembat tepat ke arah Andre Onana .

United kemudiannya bersorak gembira apabila pemain gantian Garnacho berjaya melepasi pertahanan Arsenal namun keraian itu hanya sementara apabila VAR memutuskan dia hanya ofsaid – membuka pintu kepada Arsenal untuk menghasilkan dua pukulan alkhir.

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button