fbpx
BeritaNasional

Pesuruhjaya Tinggi British kagum usaha Raja Muda Perlis santuni rakyat

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, TYT Charles Hay berasa sangat terharu dan kagum dengan usaha murni Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam menjejaki dan menyantuni rakyat jelata golongan asnaf yang memerlukan apabila berkesempatan untuk turut mengambil bahagian di dalam program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli’ bersama baginda sebagai salah satu aktiviti yang diaturkan dalam rangka lawatan kerja beliau ke Perlis baru-baru ini.

Program kayuhan sejauh 7km anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenaan bermula di perkarangan Masjid Ar Rahim Kg. Titi Tok Bandar, Kangar dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Demikian menurut TYT Hay di akhir program dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pihak swasta di Perlis yang sentiasa turut serta mengiringi baginda Tuanku dan mengambil tindakan pantas dalam menangani sebarang permasalahan rakyat melalui program tersebut.

Beliau sesungguhnya turut berasa sangat gembira berada di Perlis dan berpendapat negeri ini mempunyai pemandangan yang sungguh indah dengan bukit-bukit batu kapur dan sawah padi merata-rata di samping masyarakatnya yang peramah.


TYT Hay yang mula bertugas di Malaysia pada bulan Mac lalu juga menyatakan dapat merasai “the real Malaysian experience” melalui program berbasikal ini kerana ia suatu kelainan dan berpeluang memasuki ke dalam beberapa buah kampung di negeri ini.

Beliau diiringi dua orang Pegawai di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur iaitu Daniel Painter dan Dr Lyana Khairuddin

Painter mengakui program ini merupakan satu usaha yang amat baik dengan niat yang sungguh ikhlas bagi mendekati rakyat dan berharap agar ianya akan diadakan secara berterusan.

Dr Lyana pula berasa terharu melihat semua agensi di sini bekerjasama dengan cukup baik di bawah kepimpinan Tuanku Raja Muda dan program sebegini sedikit sebanyak berjaya membuka mata orang luar tentang keprihatinan kepimpinan do sini dan mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada seluruh peserta yang menjayakan kayuhan siri tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button