Nasional

Peserta tabligh korban ke-21 COVID-19

PESERTA tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling berusia 63 tahun menjadi mangsa korban terbaharu dan ke-21 COVID-19.  

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor HIsham Abdullah, peserta tabligh itu merupakan kes ke-1588 dan mempunyai latarbelakang menghidap penyakit kronik.

“Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia  hari ini pada pukul 4 pagi tadi,” kata Dr. Noor Hisham.

BERITA BERKAITAN:

Sehingga kini 11 daripada 21 kematian yang dicatatkan akibat COVID-19 terdiri daripada kluster jemaah tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meminta kerjasama para jemaah tabligh tersebut untuk tampil membuat saringan.

Namun ada sebahagian kecil peserta terbabit yang berdegil

Ekoran itu baru-baru ini PDRM telah berusaha memburu baki kira-kira 3,800 peserta tabligh terbabit yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan COVID-19.

Pihak polis sudah mempunyai senarai nama lengkap peserta tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di sini, akhir bulan lepas.

“Lebih 3,800 peserta tabligh ini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi terdiri daripada rakyat Rohingya dan pendatang tanpa izin.

Dalam pada itu Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sehingga hari ini virus maut tersebut telah meragut 18,589 nyawa di 196 negara.

Bilangan mereka yang dijangkiti pula telah mencecah 416,686 orang di seluruh dunia.-SM

 

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button