MahkamahNasionalNegeri

3 pekerja kontrak termasuk 2 beradik didakwa rogol remaja 15 tahun

TIGA pekerja kontrak termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun, awal bulan ini.

Ketiga-tiga tertuduh, Najib Hashim, 22, Muhammad Nazim Hashim, 18, dan Mohamad Rizuan Semail, 18, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Najib dan adiknya, Nazim didakwa merogol mangsa dalam sebuah kenderaan berwarna hijau di tepi jalan di Bandar Baru Uda, kira-kira jam 9 malam, 4 Ogos lalu.

Rizuan pula didakwa atas dua pertuduhan merogol mangsa yang sama di sebuah kediaman di Bandar Baru Uda, masing-masing kira-kira  jam 9 malam, 5 Ogos lalu dan 10 malam pada keesokan harinya.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh.

Namun, peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah memohon dikenakan jaminan minimum kerana tertuduh hanya bekerja sebagai buruh kontrak dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan Najib dan Muhammad Nazim diikat jamin RM15,000 setiap seorang manakala Mohamad Rizuan, RM24,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Mereka juga diperintahkan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, tidak menghampiri atau mengganggu saksi serta menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 18 Oktober bagi serahan dokumen. – BERITA HARIAN – SM

BACA Bapa rogol dua anak perempuan ditahan selepas salah seorang dari anaknya hamil

BACA Lelaki mengaku tak salah tiga pertuduhan rogol anak

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button