Luar Negara

Pesawat tentera Nigeria dalam misi menyelamatkan mangsa culik terhempas, 7 orang terkorban

Pesawat yang dalam misi pengawasan sehubungan operasi menyelamatkan puluhan orang yang diculik dari sebuah sekolah di daerah Niger, Nigeria dilaporkan terhempas.

Kejadian itu berlaku pada ahad lalu berdekatan Ibu Kota Abuja dan mengorbankan 7 orang tentera yang menaiki pesawat berkenaan.

Walaubagaimanapun, punca kemalangan masih belum diketahui.

Namun menurut jurucakap tentera udara, Ibikunle Daramola, juruterbang telah melaporkan terdapat kerosakan pada enjin pesawat berkenaan.

“Pesawat “Beechcraft KingAir B350i” Angkatan Udara Nigeria (NAF) terhempas ketika kembali ke Lapangan Terbang Abuja setelah melaporkan kerosakan enjin.

“Malangnya, semua 7 anggota tentera maut dalam nahas itu”, jelas Daramola.

Pada Rabu lalu, seorang pelajar sekolah terbunuh manakala 42 orang ditangkap termasuk 27 pelajar, tiga guru dan saudara-mara kakitangan sekolah oleh beberapa lelaki bersenjata dalam penculikan besar-besaran terbaru di negara itu.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari memerintahkan pasukan keselamatan, polis dan tentera untuk mengesan kumpulan penculik berkenaan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Nigeria, Sirika Hadi mengesahkan kejadian ini.

“Kita perlu kekal tenang dan tunggu hasil siasatan dari pasukan tentera”, kata Hadi dalam satu cicipan di Twitter.

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button