Luar Negara

Pesawat tentera Myanmar terhempas 12 maut

DUA belas orang dikhuatiri maut apabila peswat tentera Myanmar dilaporkan terhempas.

Pesawat itu, yang membawa enam anak kapal dan lapan penumpang, termasuk seorang rahib kanan yang tidak disebutkan namanya, meninggalkan ibu kota Naypyidaw pada hari Khamis pagi menuju Pyin Oo Lwin, sebuah bandar di wilayah tengah Mandalay.

“Ia kehilangan komunikasi ketika berada 400 meter (1.300 kaki) dari sebuah kilang besi berhampiran lapangan terbang,” di Pyin Oo Lwin, kata jurucakap junta Zaw Min Tun dalam satu kenyataan yang mengaitkan nahas itu sebagai “cuaca buruk”.

Sepasukan berjaya menyelamatkan dua penumpang, yang telah dihantar ke hospital tentera berhampiran.

Tidak ada perincian lain mengenai korban, Zaw Min Tun menambah bahawa pekerja kecemasan masih di tempat kejadian.

Laporan kemudian di televisyen Myawaddy yang dikendalikan oleh kerajaan juga mengatakan dua orang telah diselamatkan tetapi tidak menyebutkan kematian.

Pyin Oo Lwin adalah lokasi yang menempatkan Akademi Perkhidmatan Pertahanan, di mana junta melatih askar terlatih.

Pemimpin Junta, Min Aung Hlaing adalah lulusan akademi itu

Sebelum rampasan kuasa 1 Februari, di mana tentera menggulingkan pemimpin awam Aung San Suu Kyi dari kekuasaan, kemalangan pesawat biasa terjadi di Myanmar kerana sektor penerbangannya yang kurang maju.

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button