Ekonomi

Ode Jee beroperasi hari ini

Syarikat penghantaran makanan halal pertama di Malaysia, Ode Jee akan memulakan operasinya mulai hari ini, 18 Januari 2021.

Pengerusi Ode Jee, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan memaklumkan, pada peringkat permulaan ini, Ode Jee beroperasi di Bandaraya Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.

“Kini orang ramai boleh membuat pesanan menerusi aplikasi Ode Jee yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Huawei Store.

“Ode Jee memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang ditawarkan adalah mesra muslim, halal dan mematuhi hukum syarak,” katanya.

Pada masa ini, hanya pemilik telefon pintar yang menggunakan sistem Android dan Huawei boleh memuat turun aplikasi Ode Jee menerusi Google Play Store dan Huawei Store.

Pengguna IOS pula boleh memuat turun aplikasi Ode Jee menerusi Apple Store tidak lama lagi.

Operasi Ode Jee akan diperluaskan secara berpeTringkat-peringkat dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya di seluruh negeri Johor menjelang akhir bulan ini.

Aplikasi Ode Jee kini mempunyai lebih 1,000 vendor yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman halal dan lebih 200 penghantar makanan (rider) di negeri Johor.

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button