fbpx
BeritaNasionalUncategorized

Pesawat MH360 ke Beijing patah balik

PESAWAT Malaysia Airlines MH360 yang berlepas ke Beijing terpaksa mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas berlegar kira-kira dua jam di ruang udara Selat Melaka petang semalam.

Paparan di laman web flightradar24.com menunjukkan pesawat Airbus A330-323 itu  berlepas pada pukul 6.06 petang.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing, China pada pukul 12.20 tengah malam.

Punca mengapa pesawat itu perlu berpatah balik ke KLIA, tidak dapat dipastikan.

Penerbangan telah dijadualkan semula dan berlepas pada pukul 12.30 tengah malam tadi.


Show More

Related Articles

Back to top button