JenayahNasional

Lelaki ditahan, polis rampas dadah bernilai RM655,000

POLIS menahan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai RM655,000 dalam serbuan ke atas dua kondominium mewah di Cheras dan Semenyih yang dijadikan tempat penyimpanan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di kawasan parkir kondominium di Cheras pada jam 3.15 petang, Khamis lalu.

Beliau berkata, 10 ketulan dadah jenis heroin base seberat 3.8kg dan 10kg syabu yang keseluruhannya bernilai RM655,000 dirampas di kondominium Cheras itu.

“Kita turut merampas wang tunai RM10,200 dalam serbuan di kondominium di Semenyih,” katanya menurut laporan Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, suspek dikesan bergerak aktif sejak dua bulan lalu dengan menjadikan kondominium mewah tempat penyimpanan dadah sebelum dijual kepada pembeli.

Katanya, suspek tiada pekerjaan tetap, merupakan penjaga stor dan menghantar bekalan dadah kepada pelanggan selepas menerima arahan ketua sindiket.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan dan menangkap lelaki tempatan tersebut (ketua sindiket),” ujarnya.

Beliau berkata, suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah itu direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – SM

BACA Maritim rampas dadah jenis syabu bernilai RM400,000

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button