Nasional

Pesakit Covid sedang dirawat hampir 40,000 orang

JUMLAH pesakit Covid yang sedang dirawat ketika ini menghampiri angka 40,000 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dan kebolehjangkitan ketika ini berjumlah 39,464 orang.

Menurutnya, jumlah kes baharu Covid-19 hari ini meningkat 3,631 berbanding 3,306 kes semalam.

Selangor masih mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 1,199 kes berbanding 1,213 kes semalam.

Diikuti Sabah 526 kes hari ini berbanding 432 kes semlama dan Kuala Lumpur yang mencatatkan 521 kes berbanding 250 kes semalam.

Kes yang disedang dirawat di unit rawatan rapi berjumlah 238 kes dan 96 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 14 kematian direkodkan hari ini berbanding empat kematian semalam.-SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button