Rencah Hidup

Sumbangan MAIPs perbaik kandang lembu bakar semangat penternak

Modal awal bernilai RM1,500 yang diterima daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memperbaiki kandang lembu beliau semakin membakar semangat dan tekad untuk menanggung perbelanjaan kedua-dua orang tuanya mengerjakan ibadah haji suatu hari nanti.

Demikian dikongsikan asnaf, Zainuddin Mt Isa selepas perasmian projek ternakan lembu beliau yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di 88 Jalan Changkat Jawi, Kg PIDA 2 Sekerat baru-baru ini.

Projek ini merupakan salah sebuah inisiatif sumbangan sosio-ekonomi asnaf oleh MAIPs. Program ini disekalikan dengan aktiviti MAIPs Peduli Kali ke 53 bagi tahun 2021 bertemakan ‘Rakyat Perlis Benci Rasuah – Katakan Tidak Kepada Rasuah’ dan merupakan sebahagian daripada kempen ‘Perlis Hebat : Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh MAIPs dan SPRM bersama-sama pihak Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) sebagai memperingati ‘Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA)’ yang disambut pada 9 Disember setiap tahun oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selepas program itu, Tuanku Raja Muda bertitah bahawa rasuah menyebabkan hak seseorang dinafikan dan juga akan meruntuhkan ketamadunan sesebuah negara sehingga menjadi porak-peranda. Rasuah bukan hanya wang semata-mata tetapi boleh jadi dalam bentuk hadiah, bonus, jawatan, dan perkhidmatan.

Integriti dan rasuah sudah tidak dapat dipisahkan. Apabila dibicarakan tentang integriti ianya pasti akan dikaitkan dengan isu rasuah. Secara umum rasuah bermaksud “Penerimaan atau pemberian suapan atau rasuah bertujuan supaya seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya”.

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button