ParlimenPolitik

Mat Sabu setuju RM81 juta untuk Jasa

PENUBUHAN semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dengan peruntukan sekitar RM81.5 juta mendapat tentangan ramai pihak termasuk bekas Ketua Pengarahnya.

Walau bagaimanapun, tidak semua menentang penubuhan semula jabatan yang dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 itu.

Sebaliknya, penubuhannya itu dikatakan akan memberi kelebihan kepada pembangkang untuk meraih sokongan daripada rakyat seperti yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ini kerana, peranan Jasa ketika itu dikatakan menjadi punca kepada sokongan rakyat beralih kepada pembangkang dan menyebabkan kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya kurang bersetuju dengan Port Dickson, bukan kah RM80 juta itu perlu untuk membuat propaganda. Lihat kerajaan kami tanpa Port Dickson, DAP kami berjaya membina kerajaan ketuanan Melayu.

“Bukan kah mereka mencontohi negara besar seperti Amerika Syarikat (AS) dengan ‘white supremacy’ yang akhirnya ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya minggu ini.

“Jadi kita sokong belanjawan (peruntukan Jasa) ini supaya dalam pilihan raya akan datang dengan wang propaganda ini, rakyat akan tolak Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini.

“Ini saya tak bersetuju dengan Port Dickson hari ini. Minta ulasan.”

Demikian kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang mencelah ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 yang dibahaskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata demikian menyindir tindakan kerajaan memperuntukan sejumlah wang yang besar untuk menubuhkan semula jabatan tersebut.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menjelaskan, peruntukan kepada Jasa dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bernilai RM8.6 juta itu juga perlu dibatalkan.

“Saya bukan apa, jumlah yang dimasukkan itu besar sangat. Kalau RM80 ribu mungkin boleh lagi untuk diluluskan.

“Tetapi dalam keadaan rakyat susah, zalim ambil wang RM80 juta kemudian RM8.6 juta untuk KPKT.

“Speaker, ini unprecedented, one-off grant kepada penggerak komuniti tanpa perincian, hanya untuk menjaga keperluan menteri berkenaan dan kelompok politik mereka.

“Kemudian guna pula RM8.6 juta persembah kepada raja, bentang kepada rakyat dan Ahli Parlimen, ini Belanjawan Covid-19.

“Saya tidak mahu panjangkan isu itu kerana saya pecaya rakan-rakan akan mengemukakan (hujah masing-masing),” tegas Anwar. – SM

(Visited 620 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button