Nasional

Rohana setuju pulangkan AS$10 juta yang diberi oleh Leissner

KUALA LUMPUR, 13 April — Datuk Rohana Rozhan dilaporkan bersetuju untuk memulangkan AS$10 juta (RM42 juta) yang diterimanya daripada bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner.

Utusan Malaysia hari ini memetik sumber tanpa nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bahawa Rohana telah bersetuju “pada dasarnya” untuk memulangkan wang itu, yang dikatakan telah diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“SPRM kini giat meneruskan pemerolehan semula aset itu,” kata sumber itu semalam.

Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, mengaku bersalah pada 2018 atas konspirasi untuk mencuci wang dan menjadi saksi utama pendakwaan AS terhadap bekas rakan sekerjanya di Goldman, Roger Ng.

Semasa prosiding kes pada Februari, Leissner memberitahu mahkamah di New York bahawa dia memberi Rohana AS$10 juta daripada dana yang diselewengkan daripada 1MDB, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro itu menggunakan wang itu untuk membeli rumah bernilai AS$7 juta di London.

Susulan itu, SPRM mula menyiasat Rohana, beliau mengeluarkan kenyataan berkata beliau bersedia membantu pihak berkuasa dalam siasatan ke atasnya.

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button