Nasional

COVID-19: Kes baharu terendah, jumlah sembuh dua kali ganda

JUMLAH kes sembuh COVID-19 hari ini berjumlah dua kali ganda berbanding mereka yang dijangkiti. Seramai 169 kes COVID-19 yang positif pulih hari ini berbanding jumlah kes baharu yang dicatatkan iaitu 85 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kes baharu itu adalah yang terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan discaj dari hospital adalah seramai 2,647 orang. Jumlah tersebut bersamaan dengan 52.18% kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif iaitu  5,072 kes.

Pesakit yang sedang dirawat di unit rawatan rapi adalah seramai 56 orang dan 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sehingga 5 petang tadi seorang mangsa telah meninggal dunia. Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah seramai 83 orang dengan kadar kematian di negara ini sebanyak 1.64%-SM

 

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button