Nasional
Trending

Demi ‘rule of law’ gantung keahlian individu yang disiasat kes jenayah

MANA-MANA ahli parti yang disiasat kerana jenayah perlu digantung keahliannya.

Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, tindakan itu baik untuk imej parti dan lunas undang-undang.

“Amat baik di sisi imej parti dan lunas undang-undang jika seseorang itu digantung keahliannya semasa proses siasatan jenayah sedang dijalankan.

“Terbaik jika semua parti politik menimbangkan perihal ini demi ‘rule of law’ yg dilaungkan di sana sini,” katanya dalam hantaran di twitter malam ini.

Bersama hantaran itu turut disertakan keratan akhbar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil yang ditahan dalam serbuan dadah.

ADUN Dengkil itu adalah antara 17 individu ditahan polis dalam operasi di sebuah kondominium di Jalan Puchong, pada Ahad.

Ujian saringan air kencing pertama mendapati 16 daripada individu berkenaan positif dadah. – SM

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button