Nasional

Pelitup muka: Kerajaan hanya galak, kalau diwajibkan boleh didenda RM1,000

SEKIRANYA kerajaan mahu mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengekang COVID-19, mereka yang ingkar boleh dikenakan denda maksima RM1,000 dan boleh dipenjara.

Justeru Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini kerajaan hanya sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

“Kalau pemakaian mask diwajibkan dalam peraturan Akta 342, mereka yang tidak pakai mask akan didenda dengan kadar maksima RM1,000 atau dibawa ke Mahkamah dan boleh dipenjarakan. Oleh itu kerajaan hanya menggalakkan pemakaian mask sahaja,” ciap Dr. Noor Hisham Abdullah di Twitternya.

Beliau mengulas pendapat yang dilontarkan seorang pengguna media sosial itu, Nizam Reezahar agar kerajaan mewajibkan penggunaa pelitup muka.

Ini berikutan banyak kelonggaran yang diberikan akan diberikan oleh kerajaan di bawan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan dikuatkuasakan bermula 10 Jun ini sehingga 31 Ogos depan.

Menurut Nizam Reezahar, pelaksanaan mewajibkan pelitup muka itu juga sesuai dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang berpandangan pelitup muka boleh mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19.

“Memandangkan makin banyak kelonggaran telah diberikan, saya cadangkan kerajaan wajibkan pemakaian mask di tempat awam. Sesuai dengan rekomendasi terbaru dari WHO. Kecuali ketika riadhah,” ciap Nizam Reezahar.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diganti dengan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKPP ini lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara berterusan.

“Mulai 10 Jun, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

“Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,” kata Muhyiddin.

Aktiviti melancong bersama keluarga di dalam negara, beriadah dan beberapa jenis sukan juga dibenarkan di bawah PKPP.

Sementara WHO mengubah pendiriannya terhadap pemakaian pelitup muka sejak tercetusnya wabak Covid-19 hujung tahun lalu.

Jumaat lalu, pertubuhan dunia itu memperbaharui nasihatnya kepada kerajaan untuk meminta orang ramai memakai pelitup muka kain di ruang awam yang mempunyai risiko jangkitan Covid-19 bagi mengurangkan penularan virus itu.Garis panduan terbaharu itu berdasarkan bukti saintifik daripada kajian yang dijalankan sejak beberapa minggu yang lalu.

WHO bagaimanapun menekankan bahawa pelitup muka hanya merupakan satu daripada pelbagai alat lain bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan tidak sepatutnya menjadikan orang ramai terlalu selesa.-SM

 

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button