HiburanNasional

Peruntukan RM100 juta untuk lebih 8,000 penggiat seni, artis

KERAJAAN bersetuju membantu lebih 8,000 penggiat seni dan kreatif yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat menjalankan kerja-kerja produksi dalam tempoh PKP.

Ini kerana kerajaan memperuntukan RM100 juta sebagai pembiayaan sokongan dan bantuan kewangan kepada para penggiat seni termasuk golongan artis, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khasnya yang disiarkan secara langsung di televisyen sekarang.

Beliau berkata, pihaknya mendengar keluhan golongan karyawan dan artis yang turut terikat dengan SOP PKP yang dikeluarkan.

“Oleh itu, bantuan pembiayaan atau sokongan bantuan kewangan ini adalah meliputi penghasilan karya dan kandungan digital serta program peningkatan kemahiran.

“Ini termasuk bantuan Perkeso, produksi televisyen dan radio serta penciptaan lagu,” kata Muhyiddin. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button