Nasional

Sejuta sukarelawan diperlukan bagi mengekang penularan Covid-19

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) menganggap perubahan strategi perlu dilakukan untuk mengekang penularan Covid-19 dalam negara.

PPPKAM dalam satu kenyataan berkata, pendekatan yang digunakan pada masa ini dilihat agak ketinggalan terutama sekali apabila hanya memberikan tumpuan terhadap jumlah kes dan rawatan, sedangkan kes sudah berada dalam komuniti.

“Kaedah pengambilan sampel Covid-19 ketika ini juga tidak menyeluruh dalam komuniti, pengesanan kontak yang lemah dan kurangnya kawalan dan pemantauan ke atas kilang-kilang.

“Semua perkara ini menyumbang kluster besar Covid-19 di dalam negara selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah tidak dipraktikkan sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, sudah tiba masa untuk sukarelawan terlibat bagi membantu komuniti walaupun bukan melibatkan teknikal atau kepakaran dalam bidang kesihatan.

Ujarnya, Thailand dan Vietnam sudah lebih awal memulakan konsep tersebut bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 berbanding memberi tumpuan kepada rawatan.

“PPPKAM telah menggerakan Pasukan Sukarelawan Komuniti dan Kesihatan Awam di seluruh negara dan kini memerlukan sekurang-kurangnya sejuta sukarelawan bukan kesihatan untuk kerja-kerja mudah seperti pengesanan kontak,pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pelbagai lokaliti dan penyampaian maklumat kesihatan.

“Selain penyertaan individu biasa, sukarelawan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri seperti daripada Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) juga boleh dioptimakan dimana kesemua mereka boleh bertugas di mana-mana sahaja melalui Latihan Khas yang disediakan oleh PPPKAM,” katanya.

Jelasnya, Sukarelawan Komuniti ini perlu ada di setiap lokaliti di bandar dan desa yang akan dilatih dengan modul khusus oleh pihak yang berautoriti dan diberi dokongan dan punca kuasa oleh kerajaan.

Tambahnya, bagi permulaan Fasa 1, Gerakan Sukarelawan ini bersasar dalam anggaran sejuta
sukarelawan diperlukan untuk menampung 32 juta penduduk dengan nisbah 1:32 orang yang digerakan melalui komuniti di peringkat negeri, kawasan/daerah/bahagian dan sehingga ke akar umbi. -SM

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button