NasionalParlimen

Perubahan iklim merupakan cabaran terbesar sektor agromakanan

PERUBAHAN iklim merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh sektor agromakanan bagi memastikan bekalan makanan negara stabil. Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menjawab persoalan yang di ajukan oleh Dato’ Haji Ahmad Nazlan pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

“Perubahan iklim global meningkatkan risiko bencana alam, banjir dan kemarau berpanjangan selain peningkatan suhu, pola hujan yang berubah serta kenaikan aras air laut.

“Pada masa sama pertambahan populasi, produktiviti dan inovasi pertanian yang masih rendah, amalan pertanian tidak mampan, manipulasi orang tengah dalam rantaian pemasaran, kekurangan pelaburan swasta, serangan penyakit dan perosak.

“Tahap penggunaan teknologi dan pertanian pintar yang rendah, kebergantungan kepada pekerja asing dan kekurangan penglibatan golongan muda turut menjadi cabaran dalam sektor ini,” tambahnya lagi.

Menurutnya, peningkatan inflasi turut memberi kesan terhadap kitaran pengeluaran bahan makanan disebabkan oleh kenaikan harga makanan termasuk input pertanian seperti baja dan racun selain kenaikan kos logistik. Ronald berkata, Malaysia tidak terkecuali menerima tempias daripada penularan Covid-19.

“Isu kekurangan sumber asli seperti kawasan tanah yang terhad dan semakin berkurangan juga antara cabaran dihadapi dalam sektor agromakanan,” ujarnya.

MAFI akan meneruskan strategi dibawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2031 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 bagi mendepani cabaran sekuriti makanan. -SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button