Hiburan

Perubahan drastik Park Bom undang kebimbangan

PERUBAHAN penyanyi antarabangsa Adele yang popular dengan lagu Hello daripada fizikal berisi ke kurus mendapat reaksi positif peminat.

Berbeza pula ceritanya dengan bekas anggota kumpulan K-Pop, 2ne1, Park Bom yang tampil dengan imej merisaukan ketika hadir ke Anugerah Grand Bell ke 56 di Seoul, Korea Selatan.

Portal hiburan Koreaboo memaparkan imej Park Bom yang kini agak berisi dan mengundang kerisauan peminatnya.

Jurucakap Park Bom dalam kenyataannya berkata, perubahan fizikal penyanyi itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

“Park Bom sebelum ini berehat dalam masa yang lama daripada terlibat dengan aktiviti seni.

“Kebanyakan masanya diluangkan dengan menonton filem di rumah dan aktivitinya itu telah memberi kesan terhadap rupa fizikalnya,” katanya.

Namun menurut jurucakap itu lagi, fizikal Park Bom juga tidak akan menghalang penyanyi itu untuk melakukan kemunculan semula ke dalam industri seperti yang dirancang tahun ini.

Buktinya, pada majlis anugerah tersebut, Park Bom telah membuat persembahan yang sangat memukau dan mendapat pujian ramai. – SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button