NasionalNegeriPendidikan

Pelajar patah kedua belah kaki terima diploma di katil wad

KETIKA hati sedih memikirkan keseronokan rakan seperjuangan naik ke pentas untuk menerima diploma masing-masing, segalanya terpaksa dipendamkan.

Izzat Aiman Zahari, 21, pelajar Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE) akur kerana pada hari bersejarah itu dia hanya mampu terbaring di wad Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Jumaat lalu, motosikal yang ditunggang Izzat terbabas ketika dalam perjalanan pulang ke asrama.

Kemalangan ini telah menyebabkan kedua belah kakinya patah.

Bagaimanapun kekecewaan Izzat Aiman terubat apabila dimaklumkan bahawa majlis pengurniaan diploma akan tetap dilaksanakan pada hari berkenaan.

Ini kerana Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Ts Dr Zaliman Sauli telab mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddon Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP bagi menganugerahkan diploma kepadanya.

Rafeah Nasiran, 53, ibu Izzat Aiman melahirkan rasa amat bersyukur apabila pihak UniMAP sudi menghantar skrol untuk anaknya yang masih di wad.

“Impiannya ingin mengenggam sendiri skrol Diploma Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik telah tercapai,” katanya yang menenami Izzat Aiman di wad HTF.

Izzat Aiman kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. – SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button