Nasionalpilihan

Lelaki Orang Asli lemas sewaktu menjala ikan

Selepas hampir 15 jam, akhirnya mayat seorang lelaki Orang Asli ditemukan selepas dilaporkan hilang sewaktu menjaring ikan di sebuah tapak bekas lombong di Solok Menggong, Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka petang semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, mayat Jeffrey Juli, 33, ditemukan di dasar lombong oleh pasukan penyelamat di air (PDPA) kira-kira pukul 9.17 pagi tadi.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 6.00 petang semalam, mangsa dari Kampong Orang Asli Kubang Badak, Tebong, Alor Gajah, Melaka bersama dua rakannya pergi ke lombong berkenaan untuk menjala ikan.

“Kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa turun dari perahu untuk membetulkan jala lalu terjerlus di dasar lombong itu dan gagal menyelamatkan diri. Dua rakannya cuba membantu mangsa tetapi gagal.

“Dua rakan yang terselamat terus menghubungi Balai Polis Hutan Perca memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” ujarnya di sini hari ini.

Arshad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dengan kekuatan 13 anggota termasuk pegawai serta, polis dan orang kampung bagi operasi dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Bagaimanapun katanya, SAR terpaksa dihentikan kerana waktu malam dan disambung pada pagi ini sebelum anggota PDPA menemui mangsa kira-kira pukul 9.17 pagi.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Zamri Omar berkata, mayat mangsa ditemukan dikedalaman 4.5 meter selepas dua minit operasi pencarian bermula.

“Operasi pencarian dilakukan oleh pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menggunakan alat selamaan dengan menggunakan teknik pencarian secara membulat (circle),” katanya. – SM

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button