Nasional

Pertukaran CEO Petronas ada kaitan dengan Sabah, Sarawak

PERLETAKAN jawatan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas dipercayai mempunyai kaitan dengan Sabah, Sarawak.

Hal itu demikian apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha memastikan negeri luar semenanjung itu mendapat royalti minyak sewajarnya.

Justeru, secara tidak langsung dapat menarik pimpinan dan sokongan rakyat negeri itu bagi menyokong pentadbiran kerajaan sekarang.

Pemberian royalti tersebut akan dilakukan melalui pindaan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Jika Akta 144 itu berjaya dipinda, Sabah dan Sarawak bakal menerima royalti minyak yang lebih berbanding semasa iaitu lima peratus waualpun menyumbang 60 peratus hasil minyak dan gas.

BACA > Barcelona menang 4-0 menentang Mallorca — Suara Merdeka

Usaha tersebut juga dipercayai bagi mempengaruhi Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menyokong PN dan meninggalkan PH.

Bagaimanapun, usaha berkenaan dipercayai tidak dipersetujui Wan Zulkiflee.

“Sumber-sumber dipetik berkata bahawa Wan Zulkiflee didakwa menentang rancangan untuk meminda akta tersebut.

“Dia tidak menginginkannya terjadi di bawah pengawasannya,” lapor portal Malaysiakini yang memetik sumbernya serta laporan The Edge.

BACA > Petronas perlu bayar cukai jualan Sarawak — Suara Merdeka

Tambah portal itu, Wan Zulkiflee berpindah ke Malaysia Airlines untuk menjadi Pengerusi atas permintaannya sendiri.

Sebelum ini, Suara Merdeka melaporkan Petronas perlu membayar cukai jualan di Sarawak mengikut Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

Bagaimanapun, Petronas enggan berbuat demikian walaupun telah diarah oleh Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu.

Namun, keputusan tersebut dibawa Petronas ke peringkat rayuan. Tetapi tindakan tersebut ditarik balik selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengarahkannya.

BACA > Kelonggaran rentas Sarawak berita menggembirakan — Suara Merdeka

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg, negerinya turut mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menuntut cukai jualan. – SM

(Visited 588 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button