Sukan

Shahriffuddin ungguli PGM Port Dickson

PEMAIN profesional golf negara, Shahriffuddin Ariffin terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mendakap gelaran ketiga selepas memenangi kejuaraan Golf PGM Port Dickson di Kelab Golf Port Dickson & Country di sini hari ini.

Anak jati kelahiran Melaka itu melakar catatan 12 bawah par 204 pukulan untuk merangkul hadiah wang tunai RM21,000 selaku juara.

Sebelum ini dia memenangi PGM Maybank di Saujana Golf Country Club, Subang, Selangor dan Kejohanan Golf KIA-PGM di Glenmarie Golf, Hotel & Resort di Shah Alam, Selangor.

Berbekalkan kelebihan dua pukulan dia mengatasi pemain veteran, Sukree Othman yang mencatat 10 bawah par 206 pukulan untuk berada di tempat kedua.

Shariffuddin berkata, duit kemenangannya kali ini akan digunakan untuk dia menyertai Japan Tour Q-School tidak lama lagi.

Saingan pada hari terakhir sedikit terjejas apabila permainan terpaksa ditangguhkan selama tiga jam 40 minit ekoran hujan lebat.

Sementara itu, Kim Leun Kwang dan Amir Nazrin, masing-masing berkongsi kedudukan di tempat ketiga apabila melakar lapan bawah par 208 pukulan.

Pemain amatur terbaik ialah Marcus Lim apabila mencatat tiga bawah par 211 pukulan berkongsi kedudukan dengan pemenang dua pingat emas acara golf di Sukan SEA, Hanoi, Vietnam. – SM Melaka

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button