Nasional

Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik serah papan tanda kesedaran anti dadah

Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia menyempurnakan penyerahan Papan Informasi Kesedaran Anti Dadah kepada Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur sempena penganjuran Kempen Malaysia Bebas Dadah 2023.
Penyerahan secara simbolik telah dibuat oleh YBhg Dato’ Zulkifly Ibrahim, Pengerusi Penganjur Program Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia dan YBhg. Dato’ Hamid Ali, Penasihat Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim bertempat di Ibupejabat Polis Kuala Lumpur disaksikan pegawai-pegawai Kanan Polis Kuala Lumpur.
Penyerahan Papan Informasi Kesedaran Anti Dadah ini merupakan satu inisiatif berterusan Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia dan merupakan salah satu pengisian utama Kempen Malaysia Bebas Dadah 2023 anjuran pertubuhan. Penganjuran kempen ini dapat memperlihatkan koloborasi Badan Bukan Kerajaan dalam membantu Kerajaan dan Pihak Berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dalam mebanteras masalah penyalahgunaan dadah di Negara kita.
Untuk permulaan tahun ini sebanyak 20 Unit Papan Informasi Kesedaran Anti Dadah diserahkan kepada Ibupejabat Polis Kuala Lumpur. Setiap Papan Informasi Kesedaran Anti Dadah tersebut adalah berukuran 3’x4’ yang mengandungi Visual dan Maklumat infografik berkenaan dadah serta kesan dan akibat bertujuan untuk memberikan Pendidikan dan kesedaran awal berkenaan bahana dadah musuh No.1 Negara. Papan informasi ini akan diagihkan ke Sekolah-Sekolah, Masjid/Surau, PPR dan roadshow pencegahan jenayah melalui setiap Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Kuala Lumpur.

Pihak Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia amatlah berharap agar misi dan visi pertubuhan untuk memberikan Pendidikan kesedaran awal berkenaan jenayah narkotik di kalangan generasi muda khususnya para pelajar dan belia dapat dicapai. Pihak Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan, rakan strategik korporat dan swasta yang sama-sama memberikan sokongan program berkenaan.

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button