Luar Negara

Pendatang Yahudi ceroboh kompleks Al-Aqsa

BERATUS-RATUS pendatang Yahudi menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, semalam.

Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, seramai 561 pendatang Yahudi membanjiri tapak itu sambil diberi perlindungan ketat oleh polis Israel.

Kumpulan pendatang itu melawat kompleks berkenaan selama kira-kira tiga jam setengah sebelum beredar.

Menurut saksi, Polis Israel memaksa umat Islam mengosongkan perkarangan masjid bagi memberi keutamaan kepada pendatang Yahudi.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak tentera Israel menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat lalu dan mencetuskan pertempuran dan mencederakan ratusan orang.

Kelmarin, lebih 700 pendatang Yahudi menceroboh masuk ke kompleks itu untuk meraikan perayaan Passover selama seminggu. – SM

 

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button