Jenayah

Polis kenalpasti penganut ajaran ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’

Polis mengenal pasti individu yang terlibat dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan lengkap sedang dijalankan terhadap ajaran sesat berkenaan.

Kecoh di media sosial apabila seorang wanita berusia 39 tahun meramalkan bahawa Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah.

Wanita yang menggunakan gelaran Sittah Annur itu disifatkan sebagai individu utama ajaran PMYT.

Ajaran sesat itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan medium media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan.

Sittah Annur juga mendakwa memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.-SM

(Visited 673 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button