Nasional

Pertimbangkan pengeluaran KWSP bersasar – Muhyiddin

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Kerajaan Perpaduan hari ini bagi mempertimbangkan pengeluaran KWSP sekali gus mengurangkan beban dihadapi rakyat ketika ini.

“Apalah salahnya Kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat.

“Ia dapat membantu mengurangkan beban rakyat yang susah ketika ini,” beliau berkata.

Ketika beliau memimpin kerajaan sebelum ini, kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP seperti i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari bagi membantu rakyat yang terkesan pandemik ketika itu.

Beliau juga meminta agar bank-bank memberi moratorium bagi mengurangkan beban inflasi dan kenaikan OPR.

“Bank-bank terus membuat untung walaupun ketika Negara berhadapan dengan krisis.

“Apalah salahnya jika bank-bank turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu,” tambah beliau lagi. -SM

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button