Luar Negara

Pertemuan Trump-Netanyahu redakan ketegangan hubungan AS-Israel

WASHINGTON – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di White House, dijangka cuba memperbaiki hubungan yang tegang dengan White House yang sebelum ini tegang di bawah bekas Presiden Joe Biden.

Netanyahu akan menjadi pemimpin asing pertama yang dihoskan Trump di Rumah Putih sejak beliau dilantik pada 20 Januari.

Dalam pertemuan tersebut, seperti dilaporkan Reuters dan AFP, kedua-dua mereka diharapkan membincangkan masa depan gencatan senjata Gaza dan usaha mengakhiri perang Gaza, serta cara memerangi Iran.

Dalam pada itu Netanyahu juga boleh mendapat tekanan daripada Trump yang pro-Israel, yang polisinya untuk Timur Tengah mungkin tidak selalu sejajar dengan kepentingan Netanyahu.

Pertemuan diadakan bertepatan dengan kesinambungan rundingan tidak langsung minggu ini antara Israel dan Hamas untuk membincangkan fasa kedua gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Semenanjung Gaza.

Sebelum pertemuan itu diadakan, Trump memberitahu wartawan bahawa perbincangan dengan Israel dan negara-negara lain di Timur Tengah sedang “berkembang”. Tetapi dia tidak memberikan butiran.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button