Politik

Pertemuan di rumah Azmin: Lembaga Disiplin UMNO tunggu aduan rasmi

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin UMNO hanya akan mengambil tindakan untuk menyiasat jika terdapat aduan rasmi berhubung dakwaan kononnya berlaku pertemuan beberapa Ahli Parlimen UMNO di rumah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali malam tadi.


Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Apandi Ali berkata, sisatan yang akan dilakukan mengikut prosedur sedia ada dan akan membuat keputusan sewajarnya.


“Lembaga Disiplin UMNO difahamkan (dari kenyataan media/posting beberapa individu) akan menerima beberapa aduan berhubung pertemuan beberapa Ahli Parlimen UMNO di rumah YB Menteri Ekonomi di Putrajaya malam tadi.


“Perlu di tegaskan Lembaga Disiplin Parti diberi amanah dan tanggung jawab oleh parti dengan kuasa-kuasa tertentu di bawah Perlembagaan UMNO dan dan akan menjalankan tanggongjawabnya secara tegas, jujur dan saksama “without fear or favour”,” kata Apandi dalam satu kenyataan hari ini.


Beberapa media melaporkan sekumpulan ahli parlimen BN di kediaman rasmi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya malam tadi.


Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam. Selain ahli parlimen BN, ahli parlimen PKR turut hadir.


Sumber berkata sekurang-kurangnya 22 ahli parlimen BN dan lima ahli parlimen PKR hadir perjumpaan itu.


Salah seorang ahli parlimen BN dilihat berjalan keluar dari kawasan itu ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor.


Media turut melaporkan melihat melihat kenderaan Ahli Parlimen Umno Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran).


Media juga melaporkan yang turut hadir pada perjumpaan itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak).-SM

 

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button