Alam SekitarNasionalPencemaran

Jerebu terus melanda: 8 kawasan catat IPU tidak sihat

BUKA pintu rumah sejak minggu lepas, sudah dapat dirasai udara yang berat dan berasap kerana kita dilanda jerebu. Pagi ini situasinya juga sama.

Dan pada 10 Oktober ini nanti, bekalan air Selangor pula awal-awal lagi sudah keluarkan kenyataan, akan ada ganggunan bekalan air di beberpa kawasan termasuk Hulu Langat, Gombak dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Semua dinasihatkan menyimpan air yang secukupnya untuk kegunaan seisi keluarga sepanjang gangguan bekalan air sehingga 12 Oktober.

Berbalik kepada keadaan jerebut, lapan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat. Kawasan Cheras merekodkan IPU 157, catatan yang tertinggi setakat pagi hari ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, lima kawasan di Selangor merakamkan bacaan IPU melebihi 100 iaitu Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (143) serta Shah Alam dan Johan Setia masing-masing mencatatkan 153.

Sementara itu, sejumlah 56 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain mempunyai bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – SM

BACA Lapan kawasan di Lembah Klang catat IPU tidak sihat

BACA Nilai, Seremban, Banting, PJ, Cheras catat IPU tidak sihat

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button