Sukan

City catat 13 kemenangan berturut-turut

MANCHESTER City sudah tentu boleh berbangga dengan diri sendiri yang perlu dibimbangi oleh pesaing mereka. Mereka menjarakkan diri tiga mata di tangga teratas hasil 13 kemenangan berturut-turut  yang dicapai hasil usaha yang boleh dikatakan agak minimum ke atas Burnley.

Pasukan Pep Guardiola yang masih mempunyai satu lagi perlawanan di tangan iaitu ke atas Manchester United yang kini di tangga kedua kelihatan pada tahap tertinggi dalam memastikan kedudukan mereka walaupun tanpa kehadiran penjaring terbanyak mereka Sergio Aquero dan pamain paling kreatif Kevin De Bruyne.

City akan ke Liverpool selepas ini yang mana ia merupakan pertembungan menarik antara juara bertahan dan juara dua musim sebelumnya. Jika mereka balik dari Merseyside dengan kejayaan ia bakal menunjukkan saingan ke gelaran juara mungkin sudah kurang menarik.

“Ini merupakan masa untuk menikmati ini (kemenangan menewaskan Burnley) dan esok kami akan mula berfikir tentangnya. Mereka (Liverpool) adalah calon untuk jadi juara,” kata Guardiola.

Pengurus itu menjelaskan kemenangan ke atas Burnley melengkap siri kemenangan ke atas lawan yang hampir sama termasuk Brighton,  Crystal Palace, Aston Villa, West Brom, dan Sheffield United.

“Kami telah menang enam perlawanan berturut-turut ke atas pasukan di kedudukan bawah dan kami tahu betapa sukarnya untuk menang ini – kamu perlu melakukan yang terbaik.

“Sekarang kami berhadapan dengan pasukan berbeza, yang mempunyai corak permainan berbeza: Liverpool, Tottenham, West Ham, Manchester United dan Liga Juara-Juara,” kata Guardiola.

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button