Nasional

Pertama kali selepas beberapa bulan kes aktif Covid-19 bawah 1,000

BUAT pertama kali selepas lebih tiga bulan kes kes aktif Covid-19 dalam negara bawah 1,000 kes hari ini.

Petanda negara kini kearah fasa pemulihan Covid-19 semakin menampakan kejayaan apabila kes aktif kini hanya melibatkan sebanyak 986 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes terbaharu dicatatkan hanya berjumlah 8 orang dengan enam penularan tempatan dan dua daripadanya kes import . Bagi penularan tempatan dua melibatkan warganegara Malaysia dan empat warga asing.

Menurut Dr. Noor Hisham warga asing tersebut melibatkan kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur 2. Kesemua mereka adalah warga Bangladesh dan tidak bergejala.

Manakala 35 orang lagi sembuh dengan jumlah keseluruhan yang telah sembuh adalah sebanyak 7,346 kes atau 86.9 peratus daripada jumlah yang dijangkiti.-SM

 

 

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button