Hiburan

Bercinta 10 tahun: Nabil Jeffri bocor rahsia ‘tackle’ Raysha Rizrose

PELUMBA kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, mendedahkan dia pernah mengajak pelakon, Raysha Rizrose, 27, untuk berjogging dan pelawaan itu disambut dengan baik.

Itu adalah langkah pertama dan selepas 10 tahun, ahli keluarga dan sahabat handai tumpang gembira kerana impian mereka untuk berkahwin akhirnya menjadi realiti.

Terdahulu, kedua-dua pasangan ini hanya bertunang dalam tempoh seminggu dan menamatkan zaman bujang pada 22 Februari 2023, 8.52 malam.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi. – SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button