Politik

Pertama kali saya bersetuju dengan YB Jelutong

ulama

SIKAP Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing tidak harus diterima sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun.

Menggunakan kekebalan Parlimen untuk menyerang individu, apatah lagi insan yang berkorban siang malam dalam memerangi wabak Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah sangat tidak bermoral.

YB Tiong, memohon maaf secara terbuka kepada KP Kesihatan. Kenapa saya gunakan YB Tiong kerana saya kenal beliau sejak lama dahulu ketika bertugas sebagai ketua biro di Sarawak.

Saya juga mempunyai sahabat dalam kalangan orang Sarawak hingga sekarang dan tiada seorang yang bersikap seperti YB Tiong.

Menuduh orang lain tidak buat kerja ketika situasi getir apatah lagi ia mengepalai sebuah institusi yang sangat penting, adalah sangat tidak profesional dan tidak dapat diterima.

Saya menulis selaku rakyat Malaysia tidak menerima sikap orang politik seperti YB Tiong.

Saya sendiri pernah berbual dengan ahli keluarga KP Kesihatan dan tahu bagaimana komitednya beliau dalam menangani wabak ini sejak 10 bulan lalu.

Saya tidak berhak untuk bercerita lanjut kerana ia perbualan secara peribadi dan bukan untuk disiarkan kepada umum.

Jadi apabila tiba-tiba seorang wakil rakyat melemparkan tuduhan yang tidak berasas, saya berasa sangat marah dan tidak dapat menerimanya.

Jika sikap seperti YB Tiong diterima, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat dan negara kita.

Mungkin YB-YB ini perlu diberi kelas bahasa dan adab serta tatasusila.

Saya tabik hormat kepada ahli parlimen bangkit mempertahankan KP Kesihatan.

Paling lantang, RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bangkit membantah serangan tersebut dan mendesak Tiong memohon maaf.

Dan buat pertama kali saya bersetuju dengan YB Jelutong.

 

(Visited 532 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button