Nasional

Covid-19: Kementerian Kesihatan dapat bekalan 33 juta unit PPE

KEMENTERIAN Kesiahatan berjaya mendapatkan bekalan 33 juta unit pakaian pelindung diri (PPE) utuk diedarkan kesemua kemudahan kesihatan di seluruh negara.

PPE adalah pakaian yang digunakan oleh petugas perubatand dan kesihatan ketika berhadapan dengan mangsa wabak Covid-19 atau ketika menjalankan kerja-kerja membendung wabak itu.

Pakaian pelindung itu akan diedarkan ke semua kemudahan kesihatan di seluruh negara minggu ini.

Ketua Pengarang Kesihatan Datuk Dr Nor Hisham Abdullah dalam hantaran di facebooknya memberitahu, masalah kekurangan PPE adalah masalah global.

“Namun begitu pihak KKM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anggota kesihatan. Oleh itu, pihak KKM telah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan bekalan PPE yang mencukupi untuk setiap kemudahan kesihatan melalui penyelarasaan pembekalan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.

“Sehingga kini, pihak KKM telah berjaya memperolehi stok bekalan PPE sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua kemudahan kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga telah menerima sumbangan bekalan PPE daripada pelbagai pihak dan sejumlah tiga juta unit dan sedang diagihkan ke kemudahan kesihatan mengikut keperluan. – SM

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button