fbpx
Rencah Hidup

Personal shopper: Para suami tidak lagi ‘teraba-raba’ beli barang runcit

MEMBELI barangan dapur terutama bahan memasak sebenarnya perkara yang agak rumit untuk dilakukan oleh para suami. Ramai yang tidak dapat membezakan antara lengkuas dan halia apa lagi untuk mengenali rempah ratus.  .

Malah jenis-jenis ikan juga ramai yang tidak pasti. Mana satu ikan kembung, ikan selar dan ikan uji rashid.

Justeru apabila kerajaan memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan hanya membenarkan ketua keluarga sahaja iaitu kebanyakannnya lelaki keluar untuk membeli barangan harian ramai yang panik.

Bagaimanapun ramai suami yang lega apabila sebuah pasar raya, Aeon Retails Malaysia mempekenalkan konsep ‘personal shopper’ ataupun pembantu pembeli.


“Now this is legit. Tak perlu pening mana lengkuas mana halia,” kata Khairul Aqmal pada halaman Facebook Aeon yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

“Okeh ketua keluarga. Aeon telah mendengar permasalahan kaum suami aka ayahanda-ayahanda sekalian. Wajib berterima kasih pada Kelab Isteri membawang seMalaysia KISBAM. Akhirnya kalian tak kesorangan dalam kesesatan membeli barangan… Ayuhhh gaisssssszzttt,” coret Jambang Kitchen.

“Good News, to all the men out there,” ulas Sahron Kong.

“Jangan risau kaum bapak. Aeon boleh bantu anda. Tapp risau jugak la. Kalau lepas ni depa duk asyik berulang perhi Aeon. Tu kena hati-hati,” komen Yatt Aziz.

Ada empat langkah yang perlu diambil oleh mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan pembantu pembeli ini.

Pertama berikan senarai barangan kepada pembantu pembeli. Kedua tunggu di dalam kereta sementara pembantu pembeli mencari barangan yang dipesan.

Pembantu pembeli akan menghubungi pelanggan sebaik semua barangan yang dipesan terkumpul dan langkah terakhir ialah membuat bayaran di kaunter.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button