Bola Sepak

‘Persetankan’ Konsert Jay Chou, kembalikan 21,000 kerusi untuk penyokong bola sepak!

PENYOKONG bola sepak negara ‘naik hantu’ di Twitter apabila 21,000 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terpaksa dikosongkan demi masa depan konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman dan biar pun pasukan bola sepak akan berentap hujung minggu ini, kerja-kerja pembinaan struktur pentas sudah dimulakan.

Kebengangan itu diluahkan menerusi akaun Twitter dan masing-masing berharap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dapat memandang serius mengenai perkara ini.


Pada 3 Januari lalu menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan Singapura 4-1 sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022 bagi Kumpulan B.

Lebih menarik, pemain daripada pasukan bola sepak Singapura mengakui kehadiran pemain ke-12 atau penyokong tempatan sememangnya memberi tekanan semasa perlawanan.

Sementara itu, konsert Jay Chou dijadualkan berlangsung pada 15 Januari 2023 dan kecepatan proses pembinaan struktur konsert yang terlalu awal juga mula dipertikaikan peminat bola sepak! – SM

(Visited 2,655 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button