NasionalNegeri

TEKUN: Perlis catat pembayaran balik konsisten

PERLIS sehingga kini mencatatkan rekod pembayaran balik Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang membanggakan apabila ia dilangsaikan secara konsisten oleh usahawan.

Pengurusnya, Haryanti Abd Hamid berkata, sekaligus ini membolehkan kalangan usahawan ini dapat membuat pinjaman secara berulang kali.

Pelbagai skim pembiayaan TEKUN Nasional untuk usahawan.

Beliau berkata, TEKUN berpuas hati dengan pembayaran balik peminjam apabila komitmen dari usahawan sendiri yang membayar balik pinjaman seperti yang telah dipersetujui.

“TEKUN Perlis juga sedang mengenalpasti di kalangan mereka ini untuk dinobatkan sebagai usahawan yang berjaya,” katanya kepada Suara Merdeka di pejabatnya di Guar Sanji, Arau.

Haryanti berkata, sehingga kini terdapat sejumlah 680 usahawan TEKUN di negeri ini.

“Ia melibatkan sebanyak 186 usahawan bagi kawasan Parlimen Arau, Kangar (309) dan Padang Besar (185),” katanya.

Haryanti berkata, setakat ini peruntukan dari Belanjawan 2023 Malaysia Madani bagi pembiayaan pinjaman TEKUN sehingga Mei tahun ini telah disalurkan sebanyak 33 peratus.

Katanya, pembiayaan untuk usahawan di Arau membabitkan sejumlah RM3.55 juta, Kangar (RM5.91 juta) dan Padang Besar (RM3.53 juta).

Tambahnya, nilai pembiayaan pinjaman TEKUN dari tahun 1998 sehingga 30 April lalu adalah RM137.01 juta ke atas 13,007 usahawan di seluruh Perlis.- SM

BACA ‘Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia’ komited perkasa golongan ushawan sasaran

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button