NasionalNegeri

FAMA sasar 5,000 kali Jualan Agro Madani di seluruh negara 2024

Abd Rahman Mahmood melakukan tinjauan Jualan Agro Madani di tapak MAIPs di Kangar.

LEMBAGA Pertanian Pemasaran Persekutuan (FAMA) menyasarkan pelaksanaan 5,000 kali Jualan Agro Madani (JAM) di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)nya, Abd Rahman Mahmood berkata, sehingga kini sebanyak 871 kali JAM telah dilaksanakan.

“Pada tahun lalu FAMA telah melakukan JAM sebanyak 5,270 kali,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka selepas melakukan tinjauan JAM di Dataran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Kangar.

Hadir sama Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Imam Besar Perlis, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.

Abdul Rahman berkata, FAMA juga menyasarkan 233 kali JAM di Perlis.

“Sehingga kini 38 kali JAM telahpun dilaksanakan dengan melibatkan jualan sebanyak RM407,824,” katanya.

Beliau berkata, ia juga melibatkan 418 usahawan yang dimanfaatkan oleh 18,000 rakyat Perlis.

Abd Rahman berkata, buat pertamakali juga JAM mendapat kerjasama MAIPs.

Abd Rahman Mahmood mengumumkan jualan “Happy Hour” semasa meninjau Jualan Agro Madani di tapak MAIPs di Kangar.

“MAIPs telahmenyediakan tapak pada JAM ini yang dibuka mulai pukul 3 petang sehingga 8 malam,” katanya.

Beliau berkata, sasarannya kepada pekerja selepas tamat tugas boleh membeli barang keperluan di JAM.

Abd Rahman berkata, dengan jualan istimewa Kombo Madani yang mengandungi sayuran dan ayam hanya dijual pada harga RM10 seunit.

Tambahnya, promosi jualan “Happy Hour” untuk komiditi terpilih sangat menjimatkan jika direbut peluang oleh pengunjung. – SM

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button