Nasional

Kenapa rakyat kecoh?

KALAU pening dengan arahan yang tidak konsisten, mana rakyat tak kecoh? Situasi yang tidak pernah berlaku, tiba-tiba terjadi dan pastinya ada yang tidak mampu untuk berfikir secara rasional.

Pandangan golongan marhaen, saya terjemahkan dalam bentuk penulisan mudah dibaca, mudah difahami. Kerana apa yang diluahkan oleh golongan marhaen, menjadi paparan dalam Suara Merdeka.

Setiap orang dalam kalangan kita mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeze. Namun tidak ada yang salah, tidak ada yang betul sebaliknya kita buat perkongsian dan pencerahan.

Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan atau Lockdown gara-gara COVID-19, ada yang kurang memahami dan menjadi bimbang tahap gaban.
Hasilnya, ramai yang pergi serbu ke supermarket untuk beli stok makanan. Rakyat jadi bimbang, panik pun ada kerana perasaan sebegitu, memang wujud dalam diri kita sebagai manusia. Tiada siapa boleh halang tetapi bagaimana kita mengatasinya? Dengan pencerahan dan maklumat yang konsisten.

Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini sehingga 31 Mac menjadi isu bagi bekas-bekas menteri yang kecewa kerana tiada jawatan dalam barisan kabinet baharu kerajaan Pakatan Nasional.

Ada dua tiga orang bekas menteri membuat kenyataan kepada media tentang ketidakpuasan hati kononnya rakyat tak faham dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tentera cyber trooper mereka sudah mula bergerak, bekerja. Mesej dalam WhatsApp masuk bertubi-tubi, berkongsi antaranya berbunyi seperti di bawah ini:
Menteri Pengangkutan tak beritahu bagaimana pergerakan rakyat dapat dibantu tanpa menambah risiko penularan wabak.

Menteri Sumber Manusia langsung tak sebut secara terperinci sektor mana yang akan terjejas dan apa jaminan bagi pekerja-pekerja swasta bergaji hari.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan tak beri jaminan dan mekanisme bagaimana rakyat boleh dapat cukup bekalan makanan harian dalam tempoh larangan.

Menteri KPDNHEP tak cakna tentang panic buying dikalangan rakyat, begitu juga dengan jualan topeng muka dan sanitizer yang menjadi kegusaran rakyat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Perusahaan, Komoditi dan Perladangan tiada langkah proaktif untuk pastikan usahawan-usahawan kecil yang terpaksa tutup bisnes dalam tempoh larangan.

Menteri Kerajaan Tempatan sibuk makan malam dengan taikun, tak nak ke bantu majlis perbandaran disinfeksi tempat-tempat awam seperti masjid.

Menteri Pengajian Tinggi lambat buat pelan pergerakan pelajar yang terpaksa pulang ke kampung kerana IPT ditutup.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat gagal sediakan solusi bagi membantu ibu-ibu bekerja yang terpaksa jaga anak kerana penutupan taska.

Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya menjadi tonggak dalam isu ini, langsung tak dengar cerita.

Menteri Tugas-tugas Khas yang kita pun tak tahu apa tugasnya. Sepatutnya dalam situasi begini, dia diberi tugas penting. Barangkali masih sibuk dengan kereta terbang.

Perdana Menteri, buat mesyuarat nasional tentang COVID-19, tak jemput Menteri Besar parti lawan!

Nampaknya rakyat perlu berhenti bergantung kepada menteri-menteri.

Itulah fakta-fakta yang diterima menerusi perkongsian WhatsApp.

Sekarang, jangan menyusahkan rakyat kerana golongan marhaen ni perlu dibimbing.

Agensi-agensi yang berkait rapat, jangan mudah mengadakan pengumuman tanpa mempunyai prosedur yang telah ditetapkan kerana itulah yang akan menjadikan kita golongan marhaen ni kucar kacir.

Perlu isi borangkah, tak perlu isi borangkah untuk pergi ke negeri-negeri dalam Semenanjung Malaysia, jangan terus umum. Fikir dulu, baru buat. Jangan buat dulu, kecoh, jadilah alamak!
Itulah yang membuatkan ramai yang serbu balai-balai polis untuk mendapatkan borang perjalanan. Kecoh juga apabila perjalanan antara daerah ke daerah, negeri-negeri bersempadan, perlu jugakah isi borang?

Hari ini, semua duduk rumah diam-diam. Banyak yang boleh dilakukan sambil berdoa pada Allah, doa yang terbaik buat kita semua. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button