Nasional

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MPT Bersatu

TAN Sri Muhyiddin Yassin malam ini mempengerusikan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) malam ini di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor Pataling Jaya.

Mesyuarat malam ini dikatakan penting terutama berkaitan kerjasama parti itu dan juga Perikatan Nasional (PN) dengan UMNO.

Ini susulan keputusan mesyuarat perwakilan bahagian UMNO minggu lalu yang majoriti menolak kerjasama UMNO serta desas-desus kononnya UMNO akan tarik diri dari PN.

Kebetulan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO juga berlangsung malam ini yang dikatakan cukup kritikal dalam menentukan hala tuju politik negara.

Kelihatan pada mesyuarat MKT Bersatu malam ini ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Zuraida Kamarudin dan Naib Ketua Srikandi, Datuk Mas Erniyati Samsudin. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button