Nasional

Dong Zong menuntut hak mereka meluluskan UEC

BARU sahaja Pakatan Harapan diberi mandat untuk memerintah Malaysia kini sudah ada pihak yang berani menuntut janji dari manifesto demi kepentingan mereka.

Menurut kenyataan media, Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah cina Malaysia atau dikenali Dong Zong di mana merupakan sekolah persendirian, menuntut hak mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk meluluskan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Dalam pada itu, sekali gus Dong Zong juga menuntut peruntukan dari PH seperti mana yang termaktub dalam manifesto sejak PRU14.

Sukatan pembelajaran UEC sepenuhnya dari Taiwan dan diuruskan oleh Pertubuhan (Dong Zong) malah peperiksaan ini dijalankan secara persendirian dan sudah melebihi enam ratus ribu pelajar yang menduduki peperiksaan ini.

Sijil UEC merupakan isu Pendidikan bukan isu perkauman atau melibatkan politik, jika sijil ini diluluskan secara tidak langsung pelajar dari Dong Zong boleh melanjutkan pembelajaran di peringkat tinggi awam UA dan IPTA.

Kesan lain yang akan menyumbang adalah perbezaan ideologi, perubahan cara hidup dan perbezaan pergaulan dalam kalangan masyarakat Malaysia malah boleh menimbulkan kaum lain menuntut hak mereka daripada sekolah vernakular. Bukan itu sahaja ia tidak selari dengan dasar Pendidikan kebangsaan.-SM

(Visited 445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button