Pendidikan

Persatuan pengusaha tuisyen bersyukur sekolah dibuka semula

PERSATUAN Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia (PPPTMM) bersyukur kerana kerajaan membenarkan sekor pendidikan diseluruh negara dibuka semula bermula 8 Mac ini.

Mohd Noor Shafizzal Termizi

Pengerusinya, Mohd Noor Shafizzal Termizi berkata pihaknya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan atas pertimbangan membenarkan institusi pendidikan swasta dan pusat tuisyen beroperasi semula.

Mohd Noor Shafizzal berkata, pengumuman Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin yang dibuat hari ini melengakan ahli persatuan itu kerana ada yang terpaksa menutup pusat tuisyen berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun lalu.

“Syukur Alhamdulillah, pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua pengusaha pusat tuisyen seluruh negara. Seperti yang kita sedia maklum ada di kalangan pengusaha terpaksa gulung tikar ekoran kekangan beroperasi tahun lepas.

“Semoga dengan pengumuman terbaru ini, ia dapat memberi sinar baru kepada semua pengusaha pusat tuisyen yang terjejas,” katannya.

Berikutan kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan, Shafizzal mengingatkan agar semua 60 pengusaha pusat tuisyen yang berdaftar dengan PPPTMM supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, walaupun kebenaran membuka semula pusat tuisyen sudah dikeluarkan namun semua pihak mesti mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak leka kerana pandemik Covid-19 masih menjadi ancaman kepada negara dan rakyat.

“Kita masih belum menang. Walaupun statistik penularan Covid-19 nampak agak terkawal dalam tempoh dua minggu ini, namun kita tidak harus leka. Kita tidak mahu kes Covid-19 meningkat lagi.

“Jadi saya mohon semua pengusaha pusat tuisyen seluruh sentiasa mengikut dan mematuhi SOP yang telah tetapkan oleh kerajaan. Penularannya masih belum berakhir,” tambahnya.

Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah di negara ini.

Menurut Dr. Radzi murid sekolah rendah Tahun 3 hingga 6 akan hadir ke sekolah mulai 8 Mac ini. Murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 pula akan bermula lebih awal, pada 1 Mac ini.

Bagi murid sekolah menengah kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini.

Murid Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) akan memulakan pengajian pada 1 Mac ini.

Sekolah swasta pula akan mengikuti jadual pembukaan sekolah kerajaan, mengikut kumpulan A atau kumpulan B.

Bagi sekolah antarabangsa dan IPS kategori pusat termasuk pusat tuisyen boleh dibuka bermula 8 Mac 2021.-SM

 

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button